Monday, 10 December 2012

Damai Desaru Rest House

Damai Desaru Rest House menyediakan penginapan yang selesa dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dengan harga yang berpatutan. Lokasi Damai Desaru Rest house strategik kerana terletak di kawasan peranginan yang terkenal iaitu Pantai Desaru, Tanjung Balau dan Batu Layar. Selain kawasan peranginan, kawasan ini juga merupakan pusat pendidikan yang penting seperti Kolej Profesional Mara, Kolej Komuniti, Kolej Insted, Sekolah Menengah Sains dan Sekolah Menengah Agama Bandar Penawar. Selain terletak di Bandar Penawar, Damai Desaru Rest House juga berhampiran dengan kawasan petempatan lain seperti Gugusan Felda Adela, Felda Sungai Mas, Bandar Mas, Semenchu dan Air Tawar Lima.

No comments:

Post a Comment